Siakap Keli
Gambar via TikTok @paizz00

Pasangan ‘Camera Shy’? Ini Cara Posing Ketika Bergambar Yang Korang Boleh Ajar

Malu apabila berhadapan dengan kamera atau camera shy bukanlah sesuatu yang asing. Walaupun berhadapan dengan kamera setiap hari, sesorang itu mungkin belum boleh mengatasi masalah ini sepenuhya.

Terdapat pelbagai sebab seseorang itu berasa malu di depan kamera. Antaranya kurang yakin dengan penampilan diri, mengalami kegelisahan ketika bersosial atau tidak suka menjadi pusat tumpuan.

Tak perlu pandang kamera, video yang diunggah oleh pengguna TikTok @paizz00 ini mungkin dapat selesaikan masalah anda.

Video yang menunjukkan pose terbaik untuk para pemalu kamera ini mendapat 590.1 ribu tontonan dan 74.3 ribu sukaan setakat ini.

Pemilik akaun ini menunjukkan tiga gaya tanpa pandang kamera tapi Instagrammable yang sangat sesuai untuk individu yang malu di depan kamera.

Untuk tahu apa pose yang dikongsikan, mari kita ikuti video di bawah.

@paizz00

Reply to @adi_isma90 Donee✅ Cuba komen apa next pose yang korang nak faiz share😉 #fyp

♬ positions – Ariana Grande

Sumber: TikTok @paizz00, Medium

Eyla Azri