Siakap Keli
Kredit: Facebook/Twitter

Pelantar ‘Naga 7’ Dilapor Tenggelam, Warganet Kongsi Foto Dan Luah Rasa Simpati

Sebuah pelantar dilaporkan tenggelam selepas berlaku kerosakan pada salah satu tiang sokongan struktur berkenaan, lapor Offshore-Energy.biz.

Menurut Velesto Energy Berhad, pelantar yang dikenali sebagai NAGA 7 itu dilaporkan menyenget sebelum tenggelam di tempat kejadian pada hari ini. Kesemua kru dilaporkan berjaya diselamatkan di mana kebanyakan mereka telah dipindahkan ke Miri, Sarawak manakala sebahagian lagi masih dalam proses pemindahan.

NAGA 7 merupakan pelantar jack-up cantilever kaki bebas yang dihantar pada Januari 2015. Ia mampu menggerudi sejauh 30,000 kaki dan beroperasi pada kedalaman 375 kaki di dalam air.

Pelantar itu bakal digunakan untuk menggali tiga telaga di kawasan tersebut, namun, aktiviti penggalian belum bermula dan tiada perigi yang sudah digali setakat ini.

Tambah portal itu, siasatan berhubung kejadian berkenaan masih lagi berjalan.

Susulan itu, warga maya turut menzahirkan rasa duka cita atas kejadian yang menimpa struktur berkenaan.

Sumber: Offshore-Energy.biz

Amira

Love yourself.