Siakap Keli
Gambar via The New York Times

Saintis Poland Umum, Temui Mumia Hamil Pertama di Dunia

Setelah enam tahun penyelidikan, para saintis Poland mengumumkan penemuan bersejarah mumia Mesir hamil pertama di dunia.

Dijangka hamil 26 hingga 30 minggu semasa meninggal dunia, para saintis pada awalnya menyangka mumia ini berjantina lelaki.

“Ahli anthropologi kami memeriksa ulang kawasan pelvis mumia tersebut untuk mengenalpasti jantinanya, namun terdapat sesuatu yang aneh di kawasan tersebut,” kata ketua penyelidik, Dr Wojciech Ejsmond kepada New York Times.

Gambar via New York Times

Walaupun rangka wanita Mesir yang hamil pernah ditemukan sebelum ini, namun tiada satu pun yang dimumiakan.

Hasil imbasan komputer dan sinar-X mendapati, wanita hamil ini meninggal dunia pada umur 20 hingga 30 tahun dan dimumiakan pada abad pertama sebelum masihi.

Berdasarkan kajian yang dilakukakan, para pengkaji berpendapat wanita tersebut golongan berstatus tinggi kerana penggunaan balutan linen dan fabrik tenun pada jasadnya.

Gambar via New York Times

Menurut New York Times, mumia wanita hamil ini diwakafkan kepada University of Warshaw pada tahun 1826 dan kini ditempatkan di muzium negara di Warsaw. Mumia ini digelar ‘mumia wanita’ di sekitar abad ke-19.

Nama tersebut bagaimanapun ditukar setelah tulisan hieroglif pada keranda mumia ini berjaya ditafsir. Mumia wanita hamil Mesir ini kini dinamakan Hor-Djehuty. Ujian radiologi pada tahun 1990-an pernah menunjukkan jantina mumia ini menjurus kepada lelaki.

Gambar via New York Times

Mumia Hor-Djehuty ditemui di makam kerajaan di Thebes, Mesir.

Dr Alexander Nagel, pengkaji dari jabatan anthropologi Smithsonian National Museum of Natural History menyifatkan penemuan ini sebagai sesuatu yang unik.

“Tidak banyak kajian peradaban Mesir purba memfokuskan wanita sebagai subjek,” katanya kepada New York Times.

“Sekitar 30 peratus bayi pada zaman itu meninggal dunia pada tahun pertama dilahirkan. Penemuan ini mungkin membongkar kepercayaan masyarakat Mesir kuno tentang kehidupan selepas mati bayi yang belum lahir,” jelas Dr Nagel.

Dr Nagel juga menambah, masyarakat Mesir kuno menggunakan madu dan najis buaya sebagai alat pencegah kehamilan.

Sumber: The New York Times

Eyla Azri