Siakap Keli

TERKINI: Rentas Negeri Serta Gelembung Pelancongan Dari Negeri PKPP Ke Kawasan PKPP Turut Tidak Dibenarkan

Susulan daripada kerajaan telah mengumumkan beberapa negeri dan daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan, hari ini dalam mesyuarat khas, kerajaan bersetuju tidak memberi kebenaran untuk aktiviti gerakan sektor pelancongan.

Perkara ini disampaikan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan pada hari ini.

“Memandangkan kes naik mendadak seperti hari ini, kita sudah pun mengumumkan bahawa rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan, ianya juga meliputi pergantungan aktiviti pergerakan untuk sektor pelancongan daripada negeri PKPP ke PKPP yang melalui gelembung perjalanan  yang sebelum ini dibenarkan,” jelasnya dalam sidang media hari ini.

 

Sumber: Sidang Media MKN

 

Ini Caranya Korang Nak Makan Harumanis Dari Perlis RM30 Lebih Murah Siap ‘Free Delivery’

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang