Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Detik Mendebarkan Kedai Diletupkan, Dipercayai Oleh Penjenayah Cuba Larikan Dua Mesin ATM

Sekumpulan individu disyaki penjenayah di Brazil bertindak meletupkan sebuah kedai dipercayai untuk mencuri dua mesin ATM di dalam premis berkenaan, lapor Daily Mail.

Rakaman pada Isnin lalu menunjukkan kumpulan berkenaan di luar sebuah pasaraya di Salvador, Bahía kira-kira jam 3.20 pagi waktu tempatan.

Seorang lelaki bersenjatakan rifle dilihat sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah sasaran yang tidak dikenalpasti di seberang jalan berkenaan sementara rakan subahatnya memasang peranti dipercayai bom di lokasi kejadian.

Tambah portal itu, letupan berkenaan menyebabkan pintu pagar keselamatan premis berkenaan berterbangan ke seberang jalan.

Bagaimanapun, usaha para penjenayah itu untuk mengeluarkan wang daripada mesin berkenaan tidak berhasil, tulis Daily Mail memetik laporan A Tarde.

Kejadian itu merupakan kali ke-21 serangan serupa terhadap bank-bank dan institusi kewangan di negara berkenaan sejak awal tahun ini.

Terdahulu, sekumpulan penjenayah telah menculik seorang pejalan kaki pada kira-kira jam 3.20 pagi sebelum meletupkan sebuah bank di bandar sama.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.