Siakap Keli

(Video) Tular Rakaman Kucing Melompat Dari Tempat Tinggi, ‘Landing’ Sempurna Sebelum Terus Berlari

Kucing merupakan salah satu makhluk ciptaan Tuhan yang sentiasa berada di sekeliling manusia. Telatah dan gelagat kucing yang comel sering menghiburkan manusia terutamanya apabila dijadikan kucing peliharaan.
Pelbagai karenah kucing yang kadang-kadang membuatkan tuannya risau. Antaranya ialah ketika kucing berada di tempat yang tinggi.

Seperti video yang disiarkan di @TheWorldOfFunny , seekor kucing dirakam melompat dari banggunan yang tinggi. Apa yang menarik perhatian ialah kucing itu mendarat dengan selamat dan kelihatan terus berjalan.

Walau bagaiamanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kucing itu mengalami kecederaan ataupun tidak.

Sumber: Twitter

Nurul Nabila