Siakap Keli

“Awas, Jangan Buang Dengan…”, Bau Busuk, Apa Sebenarnya Ketulan Putih Ini? Baca Penjelasan Doktor Gigi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selain wajah yang berseri dan penampilan yang bergaya, ramai yang tidak sedar mengenai kebersihan dan kesihatan mulut. Walhal, ia merupakan anggota badan yang penting terutama apabila berkomunikasi dengan orang ramai.

Bagi yang tidak tahu, antara salah satu kesan yang akan berlaku jika tidak menjaga kesihatan mulut adalah akan berlakunya pengumpulan bakteria yang akan menjadi ketulan keras atau dipanggil sebagai tonsil stones.

Cuba check dalam mulut korang sekarang. Jika ada ketulan berwarna putih di bahagian tonsil, betullah itu.

Apa yang menyebabkan tonsil stones ini dan rawatan yang perlu dilakukan? Jom sama-sama ‘selidik’ perkongsian yang dimuatnaik oleh doktor gigi, Dr Syazwani di bawah ini.

Bau dia busuk

Menurut Dr Syazwani, setiap orang mempunyai tonsil yang sebenarnya berfungsi untuk melawan jangkitan kuman.

Selain tidak menjaga kebersihan mulut, masalah sinus juga boleh menjadi punca utama pembentukan tonsil stones.

Ketulan yang kecil akan bertukar menjadi besar jika tidak menjaga kesihatan mulut.

Rawatan adalah bergantung kepada saiz stones.

Untuk elakkan tonsil stones ini, korang kena sentiasa jaga kebersihan gigi, lidah dan mulut.

Awas, jangan buang tonsil stones guna tangan!

Sumber: Syazwanismd

BACA: MK K-Clique Pun ‘Join’, Cabaran Nyanyi Lagu Rap Kat TikTok Ni Boleh Menang RM10,000

Sofea

There's always another side to every story