Siakap Keli
Gambar: FB Faidah Ahmad

“Baru Tahu Cincau Asal Dari Pokok..” Wanita Ini Pertama Kali Buat Cincau Dari Pokok Cincau Ditanam Sendiri

Air cincau menjadi satu minuman popular terutamanya ketika Ramadan. Rasanya yang kenyal, enak, segar dan sejuk apabila dicampur air batu sangat sesuai diminum untuk menghilangkan dahaga. Ditambah pula dalam sirap bandung atau soya, fuhh memang sedap!

Ramai beranggapan bahawa cincau dihasilkan dari agar-agar namun ternyata ianya salah. Cincau hitam sebenarnya berasal daripada pokok cincau atau grass jelly dengan mengambil bahagian daun dan ranting yang telah dikeringkan.

Menerusi perkongsian oleh Faidah Ahmad menerusi Group Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL, beliau berkongsi mengenai tanaman cincau yang ditanam sendiri di rumahnya sebelum dibekukan. Perkongsian tersebut menjadi tular di Facebook dengan mendapat 7.2 ribu ‘likes’ dan ribuan komen oleh wargenet.

Pertama kali masak cincau dari pokok cincau yang ditanam sendiri di rumah. Harap-harap menjadilah… dah separuh beku nampaknya tu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet juga dilihat teruja dan tidak mengetahui cincau sebenarnya berasal daripada tumbuhan. Ramai yang menyangka cincau adalah sejenis agar-agar yang ditambah pewarna.

Tak pernah tahu selama ni cincau ada pokok

Dah 37 tahun hidup, baru tahu asal-usul cincau

Ingatkan campuran sarsi dan agar-agar

Sumber: FB Faidah Ahmad via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.