Orang ramai mungkin berpeluang melihat kemuncak hujan meteor Eta Aquarids bermula hari ini sehingga 7 Mei akan datang.
Hujan meteor Eta Aquarids difahamakan sudah mula aktif pada 19 April sehingga 28 Mei 2021, dan kemuncaknya bermula hari ini.
Menurut Planetarium Negara, pusat pancaran meteor itu adalah Buruj Aquarius selain sebanyak 10 hingga 30 meteor diramal muncul dalam tempoh satu jam.
Tambah badan itu, hujan meteor seterusnya yang dijangka bakal berlaku adalah pada bulan Oktober yang dinamakan hujan meteor Orionids.
Info@Planetarium 77. Hujan Meteor#Astronomi#Kitajagakita#Planetariumnegara#terukirdibintang
Posted by Planetarium Negara on Tuesday, May 4, 2021
Sumber: Planetarium Negara