Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Kenapa Kucing Suka Ikut Kita Pergi Tandas? Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Sedar

Salah satu sebab kucing dijadikan haiwan peliharaan adalah kerana sifatnya yang manja dan suka mengikut tuannya ke mana sahaja sehingga ke bilik mandi.

Menurut laman blog Meowingtons, kucing cenderung di’stereotaip’kan sebagai haiwan yang suka ‘menyendiri’ dan bertindak seperti ia tidak peduli dengan apa yang dilakukan oleh manusia. Namun, sekumpulan pencinta kucing di seluruh dunia lebih mengetahui bahawa ini bukan kebenarannya.

Ada kucing yang memiliki sifat seperti anjing yang suka mengekori manusia ke mana sahaja termasuklah bilik mandi. Mengapa sesetengah kucing suka mengekori manusia ke dalam bilik mandi? Doktor haiwan dan pakar perilaku kucing tidak dapat memberikan kesimpulan yang pasti. Tetapi ada beberapa teori yang dapat menjelaskan mengapa hal ini berlaku.

Antara beberapa sebab yang disenaraikan dalam laman blog Meowingtons:

1. Kucing berasa terdedah

Kucing rumah juga merupakan haiwan pemangsa. Menurut Dr Kathryn Primm, seorang doktor haiwan telah membuat catatan bahawa tanpa tuannya, kucing akan mudah rasa terdedah dan diserang oleh pemangsa yang tidak dikenali. Jadi, apabila tuannya hilang di sebalik pintu yang tertutup, kucing ini mungkin rasa kurang selamat daripada biasa.

Foto: Google

2. Kucing punya rasa ingin tahu

Kita pasti pernah dengar simpulan bahasa Inggeris, “curiosity killed the cat“. Rasa ingin tahu kucing ini berpunca daripada wilayah semula jadi kucing. Menurut Dr. Marty Becker, kucing selalu ingin tahu perkara yang berlaku di kawasan mereka dan kemungkinan mahu memastikan bahawa tuannya tidak melakukan apa-apa yang mungkin menarik perhatian pemangsa. Begitu juga apabila di bilik mandi. Sedangkan mereka sendiri menanam najisnya bagi tidak menarik perhatian pemangsa, begitulah yang kucing ini mungkin inginkan yang sama pada tuannya.

Menurut Dr. Primm pula, bilik mandi berada dalam lingkungan pengaruh kucing. Kucing menganggap kemungkinan tuannya berteman dengan kucing lain, jadi ia hanya dapat mengetahuinya apabila dia memeriksa keadaan itu di bilik mandi.

Foto: quickmeme.com

3. Manusia tidak dapat larikan diri

Kucing merupakan haiwan yang cepat belajar. Ia tahu sekiranya manusia membuat sesuatu di dalam ‘bilik yang kecil dan aneh’ itu, mereka tidak dapat ke mana-mana. Menurut sumber, sudah tentu kucing mencari tempat paling hangat dan mendamaikan di dalam rumah. Ini dapat menjelaskan beberapa situasi kucing yang cuba duduk di dalam seluar tuan mereka. Sama ada disebabkan oleh perasaan ingin tahu atau terdedah atau mungkin sekadar bermain-main, kenyataannya kucing juga pandai menghormati privasi. Kucing menghormati ‘privasi’nya sendiri, jadi jangan cuba untuk menghendap mereka ketika membuang air, ok? Jika tidak, ia akan cuba melihat manusia juga di bilik mandi.

Foto: Meowingtons

Sumber: Meowingtons

Nurul Nabila