Siakap Keli

Lelaki Temui Gulungan Wang Tunai, Jongkong Emas Dalam Sofa Yang Dikutip Tepi Jalan

SHANDONG, CHINA- Seorang lelaki dari Shandong, China menemui segulung wang tunai, emas dan beberapa slip deposit setelah membawa sofa yang dibuang yang ditemukan ditepi jalan.

Oleh itu, lelaki itu melihat sofa yang dibiarkan ditepi jalan dibuang setelah berhari-hari tidak diambil oleh pemiliknya. Dia berasa sofa itu masih boleh digunakan dan mengambil keputusan untuk membawanya pulang.

Pada 1 Mei, dia mengambil kesempatan untuk membaiki sofa itu. Apabila dikoyakkan, terdapat beg tangan anyaman yang jatuh berisi segumpal wang tunai, beberapa jongkong emas kecil dan beberapa slip deposit

Lelaki itu (tidak didedahkan namanya) menelefon saudaranya bagi membantu mencari pemilik barang-barang berharga itu.

“Ini bukan milik kami, kami takkan mengambilnya,” katanya.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah