Subang Jaya, Selangor – Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melalui program tanggungjawab sosial korporatnya ‘MYDIN Prihatin’ mula menyantuni golongan memerlukan dengan menyumbang barangan makanan dan kelengkapan persiapan perayaan.
Program seumpamanya ini dianjurkan bagi mengukir senyuman kepada mereka yang memerlukan lebih- lebih lagi apabila negara berdepan dengan pandemik Covid-19.
Terdahulu, MYDIN melancarkan kempen beli sambil menderma bersama jenama-jenama pembekal seperti Activex, AFY Haniff, Al Maheera, Ameera, Babas, Cik Suri, Colgate, Duru, Dutch Lady, Ferntea, Garnier, Hellsmann’s, Kapal Api, Kicap Mahsuri, MyHome, MyRasa, Promex, Saji, Sardin Kak Sal, Sri Pelangi, Sunquick, Sunrise dan Teh 888. Kempen yang bermula sejak 1 Mac sehingga 1 Mei 2021 di mana setiap barangan terpilih bagi jenama tersebut RM0.05 hingga RM 0.50 akan disalurkan ke dana program MYDIN Prihatin.

Kempen kerjasama ini berjaya meraih dana hampir RM100, 000.00 untuk diagihkan kepada hampir 1000 golongan sasaran seperti rumah kebajikan berdaftar, asnaf, dan mereka yang memerlukan.

MYDIN Prihatin akan menjelajah lokasi yang telah dikenalpasti menggunakan lori MYDIN Prihatin. Antara lokasi terpilih yang akan dijelajah adalah Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Melaka.

Dalam pada itu, MYDIN juga telah mula mengagihkan barangan sumbangan orang ramai melalui Food Bank MYDIN Prihatin. Bank makanan ini telah ditempatkan di 27 cawangan Pasar Raya Besar MYDIN di seluruh negara bermula 1 April 2021 bagi memudahkan orang ramai menyumbang barangan keperluan kering seperti makanan dan lain-lain.
Setiap bulan barangan tersebut akan dikumpulkan dan disalurkan ke rumah kebajikan berdaftar berbeza.

MYDIN melihat program seumpama ini adalah medium menyumbang semula kepada golongan kurang bernasib baik terutamanya kelompok B40 yang memerlukan perhatian dan bantuan. Inisiatif seperti ini seharusnya diteladani semua pemain industri agar nasib mereka yang kurang bernasib baik dapat dibantu bagi meneruskan kelangsungan hidup.