Siakap Keli

TERKINI: Kuala Lumpur, 3 Daerah Di Johor Dilaksanakan PKP Mulai 7 Mei 2021

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tiga (3) daerah di Johor iaitu Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi berkuatkuasa bermula 7 Mei hingga 20 Mei ini.

Selain itu, 14 mukim dalam daerah Besut di Terengganu turut dikenakan PKP berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, sepanjang perlaksaan PKP, premis makanan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam namun tidak dibenarkan makan di restoran.

Sumber: BERNAMA TV

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.