Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

TERKINI: Sehari Sebelum PKP, Selangor Catat 1,548 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Sebanyak 3,744 kes kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 424,376 kes setakat Rabu (5 Mei 2021), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tujuh (7) negeri kekal mencatatkan kes tiga angka iaitu Selangor tertinggi dengan 637 kes, Kelantan 401 kes, Sarawak 356 kes, Johor 205 kes, Kuala Lumpur 200 kes, Pulau Pinang 194 kes, Kedah 103 kes dan lain-lain lagi.

Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:

Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 2,304 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 389,846 kes.

Sehingga kini, terdapat 328 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 185 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 17 kes kematian Covid-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,591 kes.

Sumber: KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.