Siakap Keli
Gambar: TikTok

(Video) Wanita Luah Rasa Sedih, Dakwa Pelanggan Pesan Juadah Hingga 21 Bungkus Tapi Menghilang

Bagi para peniaga, pasti berbunga hati apabila ada pelanggan membuat pesanan yang banyak. “Rezeki hari ini”, mungkin itu yang terlintas di dalam hati.

Pun begitu, ada masanya apa yang dianggap rezeki rupanya ujian buat diri. Ada yang perlu berhadapan dengan kerenah pelanggan yang menghilang begitu sahaja selepas membuat pesanan. Jika jumlahnya sedikit, mungkin tidak mengapa, namun jika sudah berpuluh-puluh, pasti terkesan juga perniagaan yang beruntung kecil ini.

Inilah yang dilalui oleh seorang peniaga juadah di Jakarta Selatan bernama Memey pada Jumaat lalu.

Menurut Tribun News, seorang pelanggan lelaki telah mendekati gerai wanita itu untuk membeli 21 bungkusan juadah untuk berbuka.

Namun selepas meminta pesanan itu dibungkus, pemuda berkenaan dikatakan ‘menghilang’ selepas mendakwa perlu beredar seketika untuk mengambil seseorang.

Malah, sehingga pukul 5.30 petang, lelaki berkenaan tidak datang membayar dan mengambil pesanan tersebut.

@meytajanto

mudah2an masnya punya #tiktok km liat betapa susahnya #pejuangrupiah sy ga marah mas tp sgt disyangkan klu sy jual alhamdulillah laku terjual semua🥺

♬ nhạc nền – Chill Uot Lofi – Chill Uot Lofi

Lantaran itu, rata-rata netizen tumpang bersimpati dengan wanita berkenaan serta mendoakan agar rezekinya dimurahkan.

Hikmah kesabarannya, kini dia telah menerima lebih banyak tempahan berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.

@meytajanto

Balas @dyanayusnainikusuma alhamdulillah🤲🤲 diganti berlipat2 tadi ada yg borong 32cup besok ada pesenan 25cup #takjilramadhan #fy

♬ Remix Wek – Rausan™️🔊🔊🎵🇵🇱📍

Sumber: Tribun News, Meytajanto

Amira

Love yourself.