Siakap Keli
Gambar: How2Shout

9 Emoji WhatsApp Yang Sering Digunakan, Tapi Mungkin Ramai Tersalah Faham Maksud Disebaliknya

Penggunaan emoji ketika berbalas mesej ada kalanya penting bagi memastikan pesanan yang disampaikan jelas dan tidak disilap erti. Namun demikian, ada kalanya emoji digunakan mempunyai maksud yang berbeza berbanding apa yang kita faham selama ini.

Dek kerana perbezaan komunikasi antara budaya, membuatkan sesetengah gaya bahasa boleh ditafsirkan secara berbeza mengikut budaya masing-masing.

Tahukah anda, emoji dicipta buat kali pertama pada tahun 1999 oleh seorang lelaki Jepun bernama Shigetaka Kurita. Beliau merupakan salah seorang ahli pasukan pembangun platform internet mudah alih awal di Jepun, DOCOMO.

Oleh itu, kebanyakan emoji yang kita gunakan sekarang ini tidak dapat lari dari maksud atau kebudayaan asal penciptanya.

Berikut adalah senarai emoji yang sering disalahguna tanpa kita sedar maksud sebenarnya menurut How2Shout.com.

Emoji ini mungkin diertikan sebagai seseorang yang sassy, namun menurut How2Shout, ia mewakili maksud “Boleh saya bantu?”

Lambang peace ini sebenarnya mewakili V-for-Victory, bermakna ia digunakan untuk menandakan kemenangan.

Tanda X ini bukan bermaksud ‘mati’, tetapi emoji ini bertujuan untuk menggambarkan sesuatu yang amat mengejutkan.

Jika ada yang tertanya-tanya apakah objek di atas kepala lelaki ini, ia merupakan sepasang tangan yang sedang mengurut kepala.

Emoji berwarna merah ini bukanlah syaitan atau topeng, sebaliknya seekor raksasa yang biasanya terdapat dalam seni dan sastera Jepun.

Sekali imbas, emoji ini kelihatan seperti sedang menangis. Pun begitu, titisan yang dianggap air mata itu sebenarnya adalah peluh yang mengalir pada wajah.

Emoji ini sering dikaitkan dengan seorang lelaki yang sedap berfikir. Bagaimanapun, ia sebenarnya salah satu tanda tunduk hormat atau memohon maaf mengikut budaya Jepun.

Emoji ini dipercayai menjadi gerak isyarat terkenal untuk menggambarkan ‘ok’.

Sering ditafsirkan sebagai emoji geram atau marah, emoji ini sebenarnya menzahirkan rasa ‘puas hati’ selepas meraih kemenangan.

Sumber: How2shout.com, Wired.com

Amira

Love yourself.