Siakap Keli

Awas, Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Membadai 12 Negeri Termasuk KL Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 12 buah negeri di seluruh Malaysia sebentar tadi.

Menerusi laporan kemaskini tersebut memaklumkan bahwa ribut petir akan berlaku di beberapa buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak hingga pukul 7 dan 8 malam ini.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Petaling), Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Mersing)

Manakala di Sarawak: Kuching, Sri Aman, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang dan di Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang (Maran), WP Kuala Lumpur  dan Sarawak: Bintulu sehingga 8:00 malam ini.

Dinasihatkan kepada orang ramai yang menggunakan laluan dikawasan tersebut untuk memandu secara berhati-hati tambah-tambah lagi untuk penunggang motosikal kerana mereka lebih terdedah dengan bahaya.

 

Sumber: MetMalaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang