Siakap Keli

Bantu Gelandangan Yang Diganggu Sekumpulan Remaja, Penyelamat Ditikam Dengan Pisau

James (mangsa), 34 tahun, cuba mengejar remaja yang mengganggu gelandangan, namun, dia ditikam dengan pisau. Penduduk setempat mengatakan bahawa kumpulan remaja disitu ‘mengganas’ dengan suka menganggu dan membuat bising.

James meninggal empat anaknya serta tunangnya Victoria. Dilaporkan, tiga lelaki dan dua gadis berusia antara 13 hingga 16 tahun ditahan kerana disyaki membunuh. Dua daripadanya masih dalam tahanan manakala yang lain telah dibebaskan dalam siasatan.

HERO YANG BAIK

“James ketika itu sedang memasak daging bakar. Iaitu pada ulang tahun anak kembarnya seminggu lalu. Dia melihat seorang lelaki yang tinggal di jalanan. Dia memberikan makanan kepadanya.”

Bunga Yang Diberikan Oleh Kejiranan James

“Datang sekumpulan remaja menyerang gelandangan itu. James ternampak kejadian itu dan membantu gelandangan itu. Nasibnya tidak baik apabila ditikam oleh mereka.” kata seorang rakannya kepada The Sun.

Pembunuhan itu dilaporkan berlaku pada jam 9.30 malam di Laidon,Essex.

“Salah seorang dari kumpulan remaja itu yang mengacau gelandangan itu, seorang lagi menikam James,” kata jiran James.

Sumber: The Sun

Atiqah Aliah