Siakap Keli
Gambar: Facebook/Bernama

Bapa Disyaki Beri Anak Hisap Vape Direman 7 Hari

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memberi anaknya yang berusia 2 tahun setengah menghisap vape, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 23 tahun itu telah ditahan di Setapak dan akan direman bermula esok sehingga Selasa hadapan.

Menurut Bernama, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak polis telah menyelamatkan kanak-kanak dan ibunya.

Kedua-dua mereka telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan perubatan serta dimasukkan ke wad hospital itu.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Ahad lalu di Batu Caves.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001, lapor Bernama.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.