Siakap Keli

Buat Pertama Kali, Mydin Nak Bagi ‘Sesuatu’, Lain Dari Yang Lain Untuk Pelanggan Musim Raya Ni

Menjelang lebaran yang tak lama lagi kunjung tiba, ramai dah mula berangan nak shopping untuk beli barang keperluan kan. Deretan senarai barang-barang yang nak dibeli pasti sudah tersedia dari awal, paling tidak pun 2 minggu sebelum 1 Syawal datang menjengah.

Bila nak berbelanja sakan ni, sudah tentulah kita cari ‘port’ shopping yang paling mesra poket kan? Yelah, modal nak pakai banyak. Bukan sedikit barang yang hendak dibeli. Kalau boleh, nak beli yang paling murah, tapi kualiti memang puas hati. Orang putih kata ‘worth every penny’.

Haaa, kalau korang pun jenis macam kami, mementingkan setiap sen yang dibelanjakan, MYDIN adalah pasaraya yang wajib korang kunjungi kerana setiap kali tibanya musim ‘shopping sakan’, MYDIN memang tak pernah gagal menawarkan tawaran yang gempak gila untuk semua pelanggannya. Contohnya, dua tawaran kat bawah ni.

Sekarang ni kalau korang nak tahu, MYDIN tengah buat dua kempen yang mana kalau korang join, korang boleh dapat duit balik selepas berbelanja.

Ehh jap, maknanya apa?

Maknanya kita beli barang, kita bayar, kemudian MYDIN bagi duit balik. Wowwww, memang untung sangat-sangat macam ni.

Ok dah, sekarang ni kami nak kongsi pulak apa kempen yang tengah MYDIN buat ni.

1. Belanja di MYDIN, bayar guna aplikasi Touch n’ Go & dapatkan cashback sehingga RM 15

Sekarang ni kan zaman cashless, jadi aplikasi e-wallet Touch n’ Go ni antara yang menjadi pilihan ramai pengguna sekarang ni. Jadi, memang beruntung kalau korang buat bayaran menggunakan e-wallet Touch n’ Go di MYDIN sebab boleh dapat cashback.

Korang cuma perlu berbelanja minimum RM 100 dan ke atas untuk pelbagai barang (kecuali barang dapur) dalam satu resit. Buat bayaran menggunakan e-wallet Touch n’ Go dan dapatkan cashback sebanyak RM 10.

Selain itu, jika anda berbelanja minimum RM 100 sekali lagi pada hari yang sama di MYDIN dan membuat bayaran juga melalui e-wallet Touch n’ Go, korang akan mendapatkan tambahan cashback RM 15.

Kempen ni sah bermula 1 April hingga 31 Mei ini.

2. Beli barang di MYDIN, bayar guna Grab Pay & dapatkan potongan RM 8

Kalau yang tadi dapat cashback, yang ini dapat potongan harga pulak. Korang cuma perlu berbelanja minimum RM 80 dan buat bayaran menggunakan Grab Pay. Lepastu korang akan dapat potongan sebanyak RM 8.

Kempen yang ni pula berlangsung dari 13 April hingga 26 Mei.

Best kan bila berbelanja dan keluar duit, tetapi dapat ‘duit’ balik dalam bentuk cashback dan potongan.

Memang terbaiklah kempen ini, lagi-lagi kalau korang join kedua-dua kempen. Dapat cashback sehingga RM 15 dengan e-wallet Touch n’ Go dan dapat potongan RM 8 dengan Grab Pay.

Jadi apa tunggu lagi, muat turun aplikasi e-wallet Touch n’ Go dan Grab Pay di telefon masing-masing dan serbu MYDIN segera. Untuk maklumat lanjut, layari facebook MYDIN.

*Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.