Siakap Keli

Sunway Lagoon Ditutup Sementara Waktu Sepanjang PKP

5 Mei 2021, Bandar Sunway – Berhubung dengan pengumuman terbaru berkenaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi daerah-daerah di Selangor, Sunway Lagoon akan menghentikan operasi sementara waktu. Taman tema kami akan ditutup dari 6 Mei 2021 sehingga 17 Mei 2021.

Jika anda telah membeli tiket kami melalui kaunter taman tema atau laman web rasmi Sunway Lagoon, kami akan memanjangkan masa sah laku tiket masuk taman tema bagi lawatan anda pada masa yang akan datang.

Kita berharap agar negara kita segera pulih daripada wabak ini supaya kita terus boleh memberikan ‘Best Day Ever’ setelah kami dibenarkan untuk beroperasi semula.
Sila rujuk prosedur dan garis panduan melalui laman web kami di sunwaylagoon.com.

Nur Farra