Mencabut stiker atau label pada pelbagai permukaan seperti dinding rumah atau pada barang yang baru beli boleh dikatakan susah dan kadang-kalanya stiker tercabut ‘separuh jalan’.
Kita juga sering menggunakan pelbagai insentif seperti gunakan kuku tetapi jarang berkesan kerana berkemungkinan besar akan meninggalkan kesan gam stiker.
Bagi memudahkan untuk mencabut stiker, terdapat beberapa bahan serta peralatan yang membantu anda.
Soda Ash Dense
Natrium karbonat atau soda ash dense dapat digunakan untuk menghilankan label atau stiker pada botol kaca mahupun plastik.
Caranya:
Tenggelamkan botol (contoh) dengan air suam bercampur soda ash dense setengah cawan.
Kacau air sedikit, lalu rendam selama 30 minit.
Pengering Rambut
Pengering rambut adalah salah satu pilihan terbaik kerana mampu memudahkan stiker lama tercabut.
Caranya:
Arahkan pengering rambut yang telah panas kearah label yang ingin dicabut. Halakannya selama sekitar 30 saat supaya udara panas dapat mengecutkan pelekat tersebut.
Alkohol
Anda boleh gunakan beberapa produk yang mempunyai bahan alkohol seperti penghapus cat kuku.
Caranya:
Rendam kain atau paper towel ke dalam produk berbahan alkohol yang ada, lalu bungkus keliling pelekat. Biarkan selama sekitar 30 minit, lalu seka pelekatnya.
Baking Soda & Minyak Kelapa
Kombinasi baking soda dan minyak kelapa sangat efektif menyingkirkan stiker degil. Minyak kelapa berfungsi membasahi dan mengendurkan kertas dan pelekat, manakala soda membantu menghilangkan kotoran.
Caranya:
campurkan minyak kelapa dan baking soda secukupnya kedalam pan pasta, lalu gosokkan pasta yang direndam bersama campuran itu ke pelekat. Biarkan sejam, lalu gosok dengan sponge.
Mayonis
Lemak dan minyak yang terkandung dalam mayonis menjadikan bahan ini sangat berguna bagi menghapuskan stiker.
Caranya:
Sapukan lapisan mayonis yang tebal pada permukaan pelekat dan biarkan selama 30 minit (atau lebih). Bagi membersihkannya, gosok atau lap pelekat pada permukaan.
Selain itu, terdapat juga pelbagai bahan lain seperti cuka putih, sabun cuci pinggan dan lain-lain.
Sumber: Kompas.com