Siakap Keli

Ikoniknya Raya Ayda Jebat, Amy Search Pak Ngah Dia, Chef Wan Siapa Pula Dalam Video Raya Watsons 2021

Pejam celik, lagi seminggu je kita nak menyambut raya. Janganlah sedih walau rentas negeri masih tak dibenarkan. Korang masih boleh sambut raya dengan keluarga dan rakan-rakan terdekat. Tetap meriah walau tak dapat balik kampung!

Ha, bercakap pasal kemeriahan raya, tentunya bermacam ragam dan peel saat berkumpul bersama keluarga macam video Raya Watsons 2021 yang menggamit memori ramai ni!

Paling ditunggu, video Raya Watsons 2021 kali ini menampilkan selebriti terkenal tanah air iaitu pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Memeriahkan video, gandingan Dato Chef Wan sebagai Pak Long Wan, Amy Search sebagai Pak Ngah, Loca B atau Hani Azali sebagai Loca, kumpulan Dolla dan ramai lagi barisan pelakon yang best. Korang mesti terhibur, ada hati baru raya menjadi-jadi!

Video ini mengisahkan mengenai Ayda Jebat terkenangkan stail unik dan ikonik ahli keluarganya apabila melihat gambar mereka di rumah Pak Long. Yelah, dah setahun tak jumpa, rindu sungguh pada semua. Babak ini diselitkan dengan elemen humor kononnya Pak Ngah jadi rockers sebab putus cinta, Mak Cu minat KPOP sebab jatuh hati dengan sos pedas Korea dan Loca, sepupu yang suka melatah siap boleh rap lagi!

Bila dah lama tak berkumpul, semua macam dah tak tahu nak borak apa. Mujurlah ada Adya Jebat yang pecahkan suasana sendu dengan nyanyian lagu merdu sampai menyedarkan semua orang. Nak eratkan lagi hubungan semua, Ayda Jebat hadiahkan barangan Watsons kepada keluarganya di akhir video ni. Setahun sekali, tak salah berkongsi kan. Dari suram hingga meriah dengan gelak tawa semua. Happening habis!

Watsons buat raya menjadi-jadi!

Ha, dah tengok macam mana meriahnya Ayda Jebat dan keluarga sambut raya tahun ni? Raya korang bersama seisi keluarga pun boleh menjadi-jadi macam mereka semua dengan shopping di Watsons sekarang juga!

Watsons tengah buat bermacam promosi dengan diskaun best sempena raya 2021! Tak tahu nak beli apa? Korang jangan skip video kat bawah ni sebab ada tawaran produk menarik mengikut kesesuaian kulit wajah, seluruh badan mahupun kesihatan diri. Baru lah korang boleh tampil cantik dan bergaya pada raya nanti!

Produk Kosmetik

Kuih raya dah prepare, baju raya dah cantik, makeup raya pun kenalah on point! Ha, sebab tu korang kena dapatkan rangkaian produk kosmetik ni di Watsons untuk tampil lebih cantik, berseri dan meletop di pagi raya!

Produk Penjagaan Wajah

Makeup yang cantik dari kulit wajah yang cantik. Jom miliki kulit wajah yang bersih tanpa cela agar korang nampak flawless dan glow up di pagi raya nanti dengan produk di bawah!

Produk Penjagaan Diri

Bukan setakat kulit wajah je yang nak dijaga, penjagaan diri dari atas ke bawah pun perlu diambil kira! Untuk para wanita dan lelaki, jom manjakan diri korang dengan produk penjagaan diri dari Watsons, confirm penampilan lebih terjaga!

Produk Penjagaan Mulut

Makeup dah cun, kulit dah cantik, atas sampai bawah pun tip-top, sekali mulut pula berbau! Memang spoil mood orang habis bila bau mulut busuk korang tu!  Ha, sebab tu lah kena pakai produk penjagaan mulut dari Watsons ni sebab boleh buat nafas korang lebih segar dan gigi pun putih berseri!

Produk Penjagaan Kesihatan

Tak tahu nak beli apa untuk mak ayah? Apa kata hadiahkan produk penjagaan kesihatan ini sempena korang tak dapat balik kampung. Bantu yang tersayang kekal sihat walau jauh di mata!

Produk Penjagaan Kesihatan

Masalah jerawat? Nak kulit wajah lembap dan berseri-seri? Nak sentiasa awet muda? Nak supplemen yang boleh beri khasiat pada badan dan kulit? Ha, ini produk yang sesuai untuk korang cuba. Beli waktu promosi macam ni memang jimat terutamanya bagi ahli Watsons!

Belanja Di Watsons & Menang RM3 Juta Ringgit!

Fuhh, tak rugi kalau korang berbelanja di Watsons sebab sehingga 24 Mei ini ada kempen Belanja dan Menang di mana pelbagai hadiah best ditawarkan termasuk baucar tunai bernilai RM3 juta ringgit!

Caranya mudah je, korang perlu berbelanja RM80 dan ke atas dalam satu resit menggunakan kad ATM MyDebit dan imbas QR kod untuk sertai peraduan. Lepas tu, hantar je penyertaan korang dengan menekan link ni okay. Siapa tahu, korang adalah pemenang bertuah Watsons!

Raya Unik Ganjaran Ikonik Dengan GrabPay!

Tak cukup dengan tu, apabila shopping raya di Watsons korang boleh dapat Ganjaran Ikonik iaitu diskaun segera sebanyak RM10 apabila membayar menggunakan GrabPay sehingga 26 Mei ni. Ada juga hadiah percuma macam sampul raya, baucar makan dan hadiah eksklusif istimewa untuk korang. So cepat dan jangan lepaskan peluang best ni! Nak tahu lebih lanjut pasal promo ni, klik kat sini.

Baucar Diskaun Produk Kesihatan Dan Kecantikan Di Watsons Bernilai Sehingga RM320!

Ini siapa cepat dia dapat! Memang rugi sangat kalau korang tak dapatkan pelbagai BAUCAR PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN di Watsons dengan diskaun menarik. Baucar diskaun ni hanya valid sehingga 30 Mei ni bagi Semenanjung dan 6 Jun bagi Sabah dan Sarawak tau. Korang boleh tengok semua e-baucar diskaun dekat sini atau miliki booklet baucar di kaunter fizikal Watsons. Masa bayar, tunjuk je baucar ni dekat cashier okay?

WOW, Jualan Ikonik Sehingga 50%!

Kaki Watsons semua, jangan ketinggalan untuk menikmati JUALAN IKONIK WATSONS dengan POTONGAN HARGA SEHINGGA 50% pada tahun ini. Inilah masanya untuk korang berjimat bagi mendapatkan macam-macam produk terpilih Watsons dengan harga runtuh. Tawaran ini tersedia di semua kedai Watsons seluruh Malaysia secara walk in atau korang boleh beli secara online je dengan menekan link ini.

Potongan Sehingga 75% Di Watsons E-Bazaar!

Tak cukup dengan tu, kaki Watsons semua boleh shopping dari rumah je di JUALAN WATSONS E-BAZAAR IKONIK! Ada tawaran diskaan sehingga 75% mennati korang. Pelbagai barangan penjagaan diri, kosmetik termasuk makanan dan biskut raya turut dijual di sini. Paling best, korang juga boleh beli hadiah dan set hamper untuk dihadiahkan kepada yang tersayang sempena raya ini. Cepat sebab promosi ini hanya ditawarkan sehingga 16 Mei ini sahaja! Jom shopping sekarang dengan menekan link ini.

Tunggu apa lagi? Jom serbu Watsons sekarang juga!

Jom layari laman web Watsons atau walk in ke kedai Watsons dan beli kesemua produk kegemaran korang yang tengah diskaun tu. Bukan je boleh belanja diri sendiri, tapi boleh belanja mak ayah dan ahli keluarga yang lain sebab jimat dan berbaloi!

Jangan lupa, bagi yang belum jadi ahli Watsons, sign up di sini sekarang dan ajak kawan-kawan dan ahli keluarga korang sekali untuk join. Sebabnya, ahli Watsons akan mendapat lebih banyak reward dan benefit termasuk diskaun yang lebih banyak untuk ahli. Memang untung!

Watsons mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri kepada semua. Raya Unik, Raya Ikonik bersama Watsons!

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.