Siakap Keli

Mao Mao, Model Kucing Profesional Ini Miliki Pendapatan Lebih Tinggi Dari Sebahagian Manusia

CHINA- Seekor kucing shorthair Britain berusia dua tahun dari Chongqing, China dilaporkan bekerja sebagai model kucing profesional. Pendapatan model kucing ini dikatakan diantara 5,000 yuan (RM 3,182) hingga 10,000 yuan (RM 6,365) setiap penampilannya.

‘Kehadirannya’ adalah secara spontan lapor Oddity Central.

Pada mulanya Zheng (pemilik) bekerja di industri automotif, dan semasa pertunjukkan automotif itu, tercetus idea untuk memasukkan kucingnya ke dalam salah satu kereta.

Idea bernas itu telah menarik perhatian orang ramai untuk bergambar dengan kucing comel itu. Gambar yang diambil dimuat naik di laman media sosial mereka.

Disebabkan itu, Zheng mula mempromosikan Mao Mao sebagai model kucing kepada jenama kereta yang mencari model.

Mao Mao menghasilkan 5,000 hingga 10,000 yuan setiap penampilan dan pemiliknya hanya menerima tiga atau empat daripada gajinya. Zheng memastikan Mao Mao mendapatkan makanan yang berkualiti dengan membelikan makanan yang paling mahal.

sumber: Oddity Central 

Atiqah Aliah