Siakap Keli

“Pendrive Ada Isi Tapi Buka, Kosong..,” Ini Cara Nak Selamatkan ‘Kerja’ Dalam Pendrive Yang Kena Virus

Simpan semua gambar dan dokumen dalam pendrive, tup-tup hilang. Mesti ramai yang pernah mengalami situasi ini. Gelabah jangan cakaplah, tambah pula bila semua fail penting ada di dalam pendrive yang terkena virus.

Bertenang, kerana terdapat tips ataupun langkah-langkah yang boleh dicuba untuk mendapatkan semula semua fail di dalam pendrive anda seperti yang dikongsikan oleh page HAFIZ GLASS TINT ini. selamat mencuba!

Pendrive kena virus? Habis hilang semua barang dalam pendrive? Pendrive ada isi tapi buka kosong je. Begini cara-caranya nak dapatkan balik. Ikut step-step pada gambar ni ikut turutan nombor.

*Kongsikan pada rakan2 yang lain. Besar pahalanya. Kesian rakan-rakan punya kerja-kerja yang dah buat tapi hilang pula. Macam ni cara nak dapatkan balik semua nya. Mari mencuba.

1.) Mula2 dimulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdullillah tengok pendrive ada pada (H:) atau (G:) kalau kat (H:) kena ingt la H ye. Kalau G ingat la G.

2.) Search taip ni C:\Windows\System32\cmd.exe lepas tu tekan Enter.

3.) Gambar no.3 ni sama je dgn gambar no.2 nak bg nampak penuh je.

4.) Lepas tekan Enter tadi pedepap benda hitam ni keluar dengan ayat sama macam tu. Jgn takut takde apa, takde rosak pc. Ini semua mainan dunia je.

5.) Taip cd.. lepas pada ayat command C:\Windows\System32> tu ye. Lepas tu tekan Enter.

6.) Pedepap lepas tekan enter tadi dia keluar lagi pendek dari ayat tadi. Ok ini sudah bagus. Memang ini yang kita mahu.

7.) Taip lagi cd.. tekan Enter. Pedepap dia keluar tinggal C:\> je kan? Cantik memang dah betul sangat dah la tu.

8.) Tadi no.1 tadi dah pesan suruh ingat pendrive tadi kat H atau G kan? Jadi kalau dekat H maka taiplah h: dan tekan Enter.

9.) Tudia dia dah bertukar dari C jadi H kan? Betul la tu.

10.) Kemudian taip lah ayat ni lepas pada H:\> tu kasi taip ni attrib -s -h -r /s /d tekan Enter. Kemudian tunggu. Sampai dia keluar bawah tu H:\> kalau dah ada kasi padam pangkah je paparan hitam ni. Pergi My Computer buka la pendrive.

11.) Pedepap buka-buka ada balik semua yang kosong tadi dah jumpa balik. Alhamdullillah selamat dah ada balik. Selamat mencuba. Tapi kadang-kadang bukan semua pendrive yang kena virus boleh dapatkan balik. Ada juga dah buat macam ni pun tak boleh juga dapat balik. Yang tu tak boleh buat apa la ye.

* Yang dah buat tapi tak boleh juga yang tu susah nak buat. Tapi kalau nak buat juga kena bagi kat saya pendrive tu. Saya format. Saya boleh dapatkan balik semua data-data dalam tu lepas tu dengan cara pedepap2 lain pulak. Kena bagitau nak gambar saja atau benda-benda lain.

Sumber: FB HAFIZ GLASS TINT

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.