Siakap Keli
Gambar: Mardhihah Mat Ishak

“Rupanya Masih Ramai…”, Jangan Buang, Akak Ni Kongsi Cara Nak “Recycle” Baju Dekat Butik H&M, Siap Dapat Baucar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biasanya kalau ada banyak baju yang tak pakai kat rumah tu, korang akan buat apa? Adakah baju tu dibuang begitu saja? Atau dibuat jadi kain buruk? Atau disedekahkan ke rumah-rumah kebajikan? Atau dijual semula ke kedai bundle? Atau tak tahu nak buat apa?

Tahukah korang, sebenarnya baju-baju lama yang dah tak pakai tu kita boleh kitar semula atau ‘recycle’ balik. Tak perlu susah-susah nak buang pun. Inilah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Mardhihah Mat Ishak baru-baru ini.

Menerusi laman Facebooknya, Mardhihah berkongsi bahawa baju-baju lamanya tidak dibuang, sebaliknya dihantar ke sebuah butik pakaian terkenal untuk dikitar semula. Malah setiap baju yang diserahkan itu, Mardhihah turut dapat ‘pulangan’ berharga lagi.

Jom ikuti perkongsian di bawah ini.

Jom recycle baju

Gambar: Mardhihah Mat Ishak

Tadi satu hari dok mengemas rumah dengan Syazwan Roslan. So dapatkan 9 bunjut baju-baju dalam plastik sampah ni. Lepas Zohor terus ajak pi H&M recycle semua baju ni. Semak rumah je simpan lama-lama.

Tadi share video kat TikTok. In less than 2 hours almost 50k views. Ingatkan ramai tau yang H&M boleh recycle baju ni. Rupanya masih ramai tak tau. Ramai yang buang je. Alaaa sayang..

Antara soalan yang ditanya:-

Q: Brand H&M je ke?
A: Taklah. Any brand. No brand pun boleh.

Q: Dapat duit ke?
A: Tak dapat duit tapi dapat voucher 15% untuk next purchase nanti.

Q: Selected outlets ke?
A: As far as I know, semua outlets boleh dan terima.

Gambar: Mardhihah Mat Ishak

Q: Berapa banyak boleh recycle?
A: Minimum 5 items. Lebih kurang medium size bag.

Q: Ada minimum beg yang boleh hantar ke?
A: Sorang boleh bagi 2 bag sahaja untuk sehari dan akan dapat 2 vouchers. Kalau nak hantar banyak dan dapat voucher banyak, ajak la ramai orang kat rumah tu atau datang setiap hari.

Semoga membantu mengosongkan almari rumah anda.

Psst: Baju yang elok sedekahla kat orang. Baju yang tak gamak nak bagi kat orang, bagi je kat H&M. Diorang apply garment to garment recycling system.

Gambar: Mardhihah Mat Ishak

Sumber: Mardhihah Mat Ishak

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'