Siakap Keli
Kredit: Google

“Sayu, Hati Ini Makin Sayu,” Bekalan Darah Menyusut Dengan Ketara, PDN Rayu Orang Ramai Tampil Menderma

Orang ramai dirayu tampil menderma darah susulan penyusutan bekalan darah sejak awal Ramadan, lapor Bernama.

Memetik kenyataan Pusat Darah Negara, bekalan darah negara diramal akan berada pada tahap lebih rendah semasa musim perayaan akan datang.

Malah, bekalan darah kepada pesakit dilaporkan berada di bawah paras selamat pada hari ini.

Individu yang ingin menderma darah hanya perlu membawa buku merah atau kad pendermaan darah selain mencetak borang online bagi tujuan berkenaan.

Penderma juga perlu mendapatkan slip temujanji pendermaan darah untuk digunakan semasa melalui sekatan jalan raya.

Untuk maklumat lanjut, rujuk sini.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.