Siakap Keli

(Video) Disekat Masuk Malaysia Kerana Rakyat Israel, Nas Daily Sanggup Beli Passport Negara Lain

“Kini saya boleh datang ke Malaysia,” demikian perkongsian tergempar pembuat konten vlog pengembaraan terkenal, Nas Daily.

Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin merupakan seorang pemegang pasport Israel yang tidak dibenarkan memasuki 20 negara lain termasuk Malaysia, Libya dan Oman.

Melalui video yang diunggah di akaun TikToknya, @nasdaily, dia mendakwa telah membeli pasport dari Carribean lebih tepat lagi dari negara St. Kitts and Nevis.

Ini bermakna, dia boleh berkunjung ke negara-negara yang menyekat kemasukannya sebelum ini dengan memakai pasport negara itu.

Di akhir videonya, Nas turut mengajak para pengikutnya meneka kos yang dikeluarkan untuk mendapat pasport itu dan berapa lama masa yang diambil.

Video tersebut mendapat 2.3 juta tontonan dan 207.9 ribu sukaan setakat ini.

@nasdaily

Reply to @zacharykrishnan Guess how much this Passport cost me ? I’ll reply to the right guess !

♬ original sound – Nas Daily

Perkongsian dari Nas Daily ini mendapat pelbagai reaksi dari warga net. Ada yang mengambil peluang meneka kos yang dikeluarkan dan masa yang diambil untuk mendapatkan pasport negara itu.

Tidak kurang juga ada yang khuatir akan rancangannya untuk memasuki negara-negara yang dilarang menggunakan pasport ‘baru’ tersebut.

Sumber: TikTok Nas Daily

"