Siakap Keli
Gambar via TikTok @jieha_adon

(Video) Ibu Lupa Bagitahu Jantina Anak, Adik Lelaki Ini ‘Tabah’ Dapat Rambut Raya Macam ‘Amoi’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Lelaki biasanya dikaitkan dengan perawakan yang macho. Selalunya daripada paras rupa pun kita dah boleh tahu seseorang itu lelaki ke perempuan.

Tapi bagaimana pula dengan lelaki berwajah ‘cantik’?

Walaupun lelaki selalu dikaitkan dengan ciri-ciri maskulin, ada sesetengah lelaki ‘dikurniakan’ dengan paras cantik dan lembut seperti seorang perempuan.

Menerusi perkongsian video di TikTok, seorang kanak-kanak lelaki disalah anggap sebagai perempuan kerana rupa parasnya.

Video yang diunggah oleh pengguna TikTok dengan nama akaun @jieha_adon ini mendapat 513.7 ribu tontonan dan 50.8 ribu sukaan setakat ini.

Lebih mengharu birukan lagi, ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut terlupa untuk memberitahu jantina anaknya kepada tukang gunting yang akan memotong rambut kanak-kanak itu.

@jieha_adon

Bila kau bawak anak kau pergi salon tp tak inform jantina anak🤣

♬ Oh No – Kreepa

Ingat perempuan!

Di ruangan komen, netizen rata-rata memuji kecomelan kanak-kanak ini. Mereka juga menyangka kanak-kanak ini perempuan pada awalnya dek paras ‘cantik’ yang dimiliki. Tak kurang juga yang terhibur dengan muka redho kanak-kanak ini bila dapat potongan rambut ala-ala ‘amoi’.

Sumber: TikTok @jieha_adon

Eyla Azri