Siakap Keli
Gambar: Twitter

(Video) Selalu Nampak Garang, Ni Reaksi Burung Hantu Tersenyum Bila Dapat Minum Air

Burung hantu, siapa yang tidak kenal dengan haiwan yang aktif berburu pada waktu malam ini. Malah, haiwan ini banyak dilihat menerusi filem popular, Harry Potter yang kelihatan comel dan unik, tetapi pakar dalam memburu mangsanya sama seperti helang.

Di sebalik muka burung hantu yang kelihatan serius dan garang itu, pernah tak kita melihatnya tersenyum? Mungkin jarang-jarang kita dapat lihat muka haiwan ini senyum apatah lagi bagi haiwan yang nampak menggerunkan seperti burung hantu ini.

Tetapi, bila sekali lihat, pasti kita akan memujinya comel kerana mata bulatnya secara automatik menjadi sepet.

Seperti video di bawah, kita dapat lihat ekspresi mukanya yang gembira dan tersenyum ketika minum air.

Antara gambar burung hantu yang kelihatan comel dan lucu apabila tersenyum:

Gambar: beastnews
Gambar: beastnews 

Sumber: @mindblowingpost/mindfieldgames

Nurul Nabila