Siakap Keli
Gambar via The Guardian

AS Tidak Mahu Tembak Serpihan Roket China Yang Dijangka ‘Terhempas’ Ke Bumi Sabtu Atau Ahad Ini

Pentagon mengumumkan bahawa Amerika Syarikat tidak merancang untuk menembak jatuh serpihan roket China yang bakal terhempas ke bumi, lapor The Sun.

Serpihan daripada roket seberat 21 tan yang dilancarkan di China minggu lepas dijangka jatuh ke bumi hujung minggu ini.

“Kami berupaya melakukan bermacam perkara, tapi kami tiada rancangan untuk menembak jatuh roket tersebut,” kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin kepada wartawan.

Pakar di Pentagon berpendapat, bahagian daripada roket Long March 5B bakal jatuh ke bumi Sabtu atau Ahad ini.

Gambar via BBC

Walaupun begitu, posisi tepat di mana ia akan terhempas belum dapat dipastikan.

“Kami harap ia jatuh di tempat yang selamat dan tidak memudaratkan sesiapa,” ujar Austin.

China sebelumnya dikecam kerana gagal mengawal roket yang dilancarkan negara mereka.

“Ini menunjukkan fakta bahawa, bagi kita yang beroperasi di domain luar angkasa, ada persyaratan, atau harus ada persyaratan untuk beroperasi dalam keadaan yang aman,” kata Austin.

Serpihan tersebut yang berukuran kira-kira 30 meter akan menjadi serpihan roket terbesar yang pernah masuk kembali ke atmosfera bumi.

Sumber: The Sun

Eyla Azri