Kalau anda selalu mengikuti laman Facebook Pusat Darah Negara (PDN), mesti akan selalu perasan tentang hebahan-hebahan derma darah. Tahukah anda, stok bekalan darah sangat diperlukan di hospital bagi menampung keperluan pesakit-pesakit yang memerlukan di sana.
Orang kata, apa yang kita bagi, itulah yang kita dapat. Begitulah seperti yang ‘dibalas’ semula oleh PDN sebagai tanda terima kasih kepada semua penderma darah yang sudi sumbangkan darah mereka untuk hospital.
Tahukah anda, penderma-penderma darah yang menderma di PDN atau mana-mana tabung darah di hospital kerajaan sebenarnya LAYAK mendapatkan rawatan secara PERCUMA. Percuma ya, bukan diskaun, bukan bayar ansur-ansur.
Perkara ini termaktub dalam Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005.
Setelah derma darah, apa yang anda dapat?
Seperti yang dikatakan tadi, setiap kali anda menderma darah, pasti ada kelebihan atau ‘benefit’ yang anda akan dapat semula. Ianya jauh sangat berbaloi untuk kos perubatan diri anda sendiri pada masa akan datang. Anda boleh lihat keistimewaan yang dinyatakan di bawah.
1 ke 10 kali menderma darah
11 ke 30 kali menderma darah
31 ke 50 kali, 50 kali dan ke atas serta lebih 150 kali
Difahamkan, tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan ini adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan TERAKHIR. Jangan lupa, anda juga perlu membawa dan menunjukkan buku sijil (berwarna merah) kepada pihak hospital sebelum layak menggunakan keistimewaan-keistimewaan ini.
Selain itu, kemudahan wad pula adalah BERGANTUNG kepada keadaan semasa. Jika wad yang dinyatakan dalam jadual telah penuh, maka anda akan ditempatkan di wad lain yang sesuai.
Perlu diingat ya, semua keistimewaan ini hanya boleh dilakukan oleh penderma darah SAHAJA. Penderma darah yang berstatus penduduk tetap adalah layak untuk menggunakan keistimewaan ini.
Jadi jangan lepaskan peluang ini. Ianya bukan soal mendapat keistimewaan semata-mata, tapi anda juga akan dikira sebagai penyumbang terbesar dalam sektor perubatan negara. Darah anda ibarat ‘nyawa’ bagi mereka.
Sumber: Pusat Darah Negara KKM