Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Dua Beradik Ditahan, Buat ‘Prank’ Sumbat Daging Dalam Mulut Lelaki Sedang Tidur Hingga Mangsa Mati Tercekik

UNITED KINGDOM- Sepasang adik-beradik didapati bersalah atas tuduhan membunuh pada selasa (4 April) kerana memasukkan daging kebab kedalam mulut penumpang yang sedang tidur di dalam keretapi ketika itu.

Pelaku, David Noble dan Nicole Cavin dilaporkan memasukkan daging itu ke mulut David Clark 56 tahun. Pada mulanya, mangsa muntah dan terbangun, tetapi pengsan dan meninggal di hospital keesokkan harinya, lapor Sky News.

Seterusnya, kejadian mengejutkan itu turut menemui gumpalan daging kebab sebesar bola golf ditemui.

Dalam perbicaraan di mahkamah, juri mendapati Noble, 34 tahun dan Cavin,24 tahun yang mengenali mangsa itu bersalah, menurut outlet dan jurucakap polis.

“Kes itu tidak mudah dan sangat rumit,” kata Ketua Inspektof Detektif Steve May berkenaan kes itu, lapor Sky News.

“Saya memuji keberanian para saksi yang tampil dan memberi keterangan dan mereka yang turut hadir ke mahkamah bagi memberikan keterangan,” tambahnya di outlet.

“Keluarga Clark tenang sepanjang perbicaraan berlansung. Saya juga berharap mereka akan lega kerana keadilan telah dibuktikan.”

“Dia (Clark) disebut sebagai seorang suami, ayah, abang dan sahabat yang penyayang oleh keluarganya,” menurut Sky News.

“Kematiannya meninggalkan kesan yang besar dalam hidup kami,” tambah keluarga Clark.

Sumber: New York Post

Atiqah Aliah