Siakap Keli

Janin Terselamat Dari Lumpuh Kekal, Jalani Pembedahan Dalam Rahim Ibunya

AMERIKA SYARIKAT- Seorang bayi perempuan dilaporkan menjalani pembedahan tulang belakang sewaktu masih dalam kandungan bagi mengelakkan kecacatan kekal.

Emily Malkie, dari Pennsylavania di AS, dilaporkan menghidap spina bifida yang dikesan melalui ultrasound yang dilakukan oleh ibunya ketika usia kehamilan 16 minggu.

Di samping itu, pemeriksaan MRI dilakukan menunjukkan janin yang dikandung oleh si ibu itu berisiko mengalami kerosakkan otak akibat penumpukan cairan tulang belakang di tengkoraknya.

Ibunya, Rebecca (37 tahun) dipindahkan ke hospital John Hopkins iaitu pakar janin di Maryland beberapa minggu kemudian bagi menjalani pembedahan rumit itu.

Justeru, Rebecca dimaklumkan bahwa proses pembedahan mengambil masa empat minggu antara 23 dan 26 minggu (usia kehamilan).

Oleh itu, sekumpulan doktor yang terdiri daripada 30 orang diperlukan bagi proses pembedahan memperbaiki saraf tunjang Emily yang terbuka dan menutup lubang di punggungnya.

Operasi dijalankan selama lapan jam. Rahim Rebecca dipotong bagi membolehkan doktor ‘mencapai’ Emily dab membuang air ketuban yang mengelilinginya.

Kini, Emily (2 tahun) yang dilahirkan pada 1 Ogos 2019 mampu bergerak bebas tanpa kecacatan fizikal dan mental.

Spina bifida dilaporkan ‘menyerang’ hampir 1,500 bayi di AS setiap tahun. Kes ini berlaku apabila tulang belakang tidak terbentuk dengan betul sewaktu dalam rahim dan meninggalkan lubang di vertebra.

Sumber: Today UK News

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.