AMERIKA SYARIKAT- Sebuah syarikat menawarkan gaji yang tinggi kepada sekumpulan orang yang ingin menjadi “Pengulas Tidur” yang diharapkan akan tidur siang setiap hari selama sebulan.
Syarikat Eachnight, merupakan syarikat menjual kelengkapan tidur (seperti bantal dan tilam) serta mempromosikan cara tidur yang sihat.
Selain itu, Eachnight ingin mengubah perspektif pelanggan bahawa tidur siang bukan untuk kanak-kanak sahaja tetapi juga baik untuk orang dewasa yang bekerja.
“Kami obses dengan tidur, tujuan utama kami (Eachnight) adalah memberi anda semua aset dan maklumat yang anda perlu untuk mendapatkan tidur yang lebih lena,” tulis Eachnight dalam satu pernyataan.
Seterusnya, pekerjaan ini ditawarkan kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan mesti tidur secara semulajadi semasa tempoh ujian.
“Sesiapa saja dari seluruh dunia, boleh memohon.
“Terdapat banyak penyelidikan yang membuktikan manfaat tidur yang nyenyak, walaupun hanya tidur selama lapan jam, kata pekerja Everynight, Jasmin Lee.
Peserta juga diminta untuk mengambil bahagian dalam video call iaitu sebelum dan selepas setiap percubaan. Pengulas tidur akan menerima AS$1,500 (RM6,180) pada akhir percubaan.
Tarikh akhir untuk menyertai pekerjaan ini adalah pada 31 Mei 2021.
Sumber: Inside Edition