Siakap Keli
Gambar Via Normazila Miela

Mungkin Dikunjungi Tetamu Raya Nanti, Tuan Rumah Boleh Daftar MySejahtera & Ini Caranya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dengan kes positif yang semakin meningkat setiap hari, keadaan norma baharu pastinya sudah sebati dengan orang ramai. Manakan tidak, bukan sahaja pelitup muka wajib dipakai tetapi juga perlu mematuhi beberapa peraturan lain yang dilakukan bagi membendung COVID-19 dari terus merebak dengan meluas.

Tidak cuma itu, walau di mana sahaja berada, penggunaan aplikasi MySejahtera juga amat penting termasuk di majlis rumah terbuka, majlis perkahwinan, kedai-kedai dan lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

Pun begitu, pasti masih ada yang tidak tahu untuk membuat kod QR di premis masing-masing. Selain mencatat nama di dalam buku, kod QR MySejahtera ini sangat memudahkan pengguna.

Bagi yang belum tahu, anda boleh melihat langkah-langkah untuk membuat kod QR yang dikongsikan oleh Normazila Miela di Facebook. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Assalammualaikum

Kepada rakan-rakan yang nak buat QRCode untuk raya/majlis kenduri kahwin/apa2 jua majlis/kedai makan/apa2 jua jenis kedai yang belum sign up QR CODE lagi.

Disini, saya nak share cara bagaimana nak sign up @ register my sejahtera. Senang sangat tau

Dengan QR Code ni juga, kita dapat memudahkan tetamu nanti, nak datang majlis / kedai terus scan je dengan menggunakan sistem My sejahtera !

Ada 6 step semua.

Step 1 : Klik link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin

Step 2-6 : rujuk gambar dibawah

Jangan lupa sediakan alat pengimbas suhu & buku untuk nama & juga no telefon juga ye

Updated/Kemaskini : Kalau dah siap buat, tapi nak update lokasi atau nak dapatkan semula QR code tu, boleh klik link di step 1, klik LOGIN, masukkan password, dan boleh update semula details yg kita nak update.

Sumber: Normazila Miela

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.