Siakap Keli

(Video) Kucing Ni Tunjuk Berani, ‘Selamber’ Pergi Pukul Buaya Sampai Lari Masuk Air

Perumpamaan ‘bagai anjing dengan kucing’ pasti sudah biasa kita dengar, iaitu yang bermaksud ‘selalu bertengkar’. Tetapi bagaimana pula jika perlambangan haiwan tersebut bertukar kepada ‘bagai buaya dan kucing’?

Sudah tentu aneh sekali sekiranya dilihat kedua-dua haiwan yang berbeza habitat ini bersemuka mahupun bergelut dalam ‘pertengkaran’. Malah, saiz kucing yang kecil ini tidak dapat dibandingkan dengan saiz buaya yang lebih besar. Kemungkinan, jika kedua-duanya bertemu, pasti kucing menjadi mangsa bahaman si Bedal yang merupakan pemakan daging ini.

Namun, sukar untuk dipercayai apabila si kucing ini mampu menakut-nakutkan buaya yang cuba mendekatinya. Berdasarkan video yang dikongsikan dari halaman Facebook Daily Mail ini, kejadian tersebut berlaku di New Orleans, USA.

Menerusi video ini, kucing tersebut enggan berundur daripada berhadapan dengan buaya yang menggerunkan ini. Malah, ia sanggup berlawan dengan si buaya sehingga memaksakan buaya berundur ke belakang dan berenang ke dalam air semula. Walaupun si buaya kembali ke darat bersama buaya kedua, namun keadaan itu sama sekali tidak menggerunkan kucing ini.

Cat intimidates alligator

Those alligators chose the wrong cat to mess with! 🐈🐊 via ViralHog

Posted by Daily Mail on Thursday, May 6, 2021

Semanja-manja kucing, pasti akan berubah agresif apabila menerima ancaman musuh. Tetapi lihat saja pada akhirnya, ia akan kembali mendapatkan belaian dan perhatian manusia.

Sumber: Daily Mail

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.