Siakap Keli
Gambar: Bernama

“Kami Kembali,” Dr Noor Hisham Akan Adakan Sidang Media Perkembangan Terkini COVID-19 Petang Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui perkongsiannya di akaun Twitter rasminya memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan mengadakan sidang media perkembangan terkini COVID-19 pada petang ini.

Sidang media pada hari ini dijangka akan dilangsungkan pada jam 5.30 petang ini selepas kali terakhir beliau mengadakan sidang media adalah sekitar 2 bulan yang lalu.

KKM menerusi kemas kininya yang terbaru menyatakan bahawa sidang media yang dijangka berlangsung pada pukul 5.30 petang ini akan diawalkan kepada jam 5 petang.

Dalam perkembangan yang sama, turut dimaklumkan bahawa Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri akan mengadakan sidang media dijangka pada pukul 5 petang ini.

Bernama TV menerusi kemas kini terbarunya memaklumkan bahawa sidang media Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri yang dijangka berlangsung pada pukul 5 petang ini dibatalkan.

Sumber: Bernama TV/Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.