Siakap Keli
Gambar: Syahman Abu Hasan

“Kompressor Cepat Kong,” Sebelum Jadi Rosak, Buat Dua Petua Asas Ini Supaya Peti Ais Tahan Lama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Peti ais adalah antara benda yang wajib ada dalam setiap rumah baik di rumah sendiri mahupun rumah sewa. Malah, orang bujang paling kurang kalau nak ‘save’ bajet pun, akan beli peti ais mini untuk memuatkan beberapa minuman dan makanan supaya sejuk.

Namun, setiap barangan kecil ataupun besar pasti ada tarikh luputnya atau tidak mampu tahan lama kerana ‘brand’ yang berbeza. Begitu juga dengan peti ais, nak tak nak kena tukar yang baru juga kalau dah rosak.

Jadi, sebelum peti ais kita sekarang menunjukkan tanda-tanda kerosakan, lebih baik jaganya dengan baik dari awal. Seorang pengguna Facebook, Encik Syahman Abu Hasan yang juga seorang Youtuber ada berkongsikan tips penjagaan asas peti ais yang mudah untuk kita ‘follow‘.

2 PETUA ASAS PETI AIS TAHAN LAMA
Yeah!! Peti ais baru sampai! 
Tiada yang menggembirakan penyewa kita apabila peti ais rosak, tuan rumah gantikan dengan yang baru. Ibarat dapat kereta idaman. Gituw! Haha!
Peti ais sebelum ni kompressor dah ‘kong’. Nak tukar ganti part tu rasa macam tak berapa nak berbaloi pula. Harga boleh tahan ‘kerasnya’. Beli baru kita dapat sekali warranty baru la kan…
Tapi kali ni aku tukar brand lain pulak. Brand LG sebab bila servey dengan beberapa technician repair peti ais, katanya brand ni adalah bagus sikit. Okay, kita tengok dia punya performance setahun dua dulu macam mana..
Harap bolehlah tahan lama dari jenis sebelum ni punya..
2 petua aku nak kongsikan untuk ketahanan peti ais kita untuk lebih tahan lama:
1. Nampak tak controller suhu kat dalam peti ais tu? Yang ni biasanya bahagian atas dan bawah ada. Korang letakkan bacaan tu kat tengah-tengah.
Jangan!
Jangan sekali-kali letakkan kat suhu yang paling sejuk. Kesannya, peti ais ini akan ‘bekerja’ tanpa henti. Kompressor cepat kong! Huhu..
Kalau tak sejuk, jangan di adjust suhu tu. Mungkin barang dalam peti ais tu penuh sangat dan tak dapat nak tampung. So, korang try dulu kurangkan barang-barang tu ya..
2. Korang nampak tak tempat lubang-lubang dalam peti ais tu? Lubang-lubang ni ditugaskan untuk memberi aliran angin sejuk berlegar mengikut ekosistem yang telah ditetapkan oleh pengeluar.
So, sebolehnya jangan ditutup rapat dengan barang-barang. Kalau tertutup, kemungkinan besar suhu dalam peti ini akan terjejas. Ia berlaku kebiasaannya apabila barang-barang yang padat dan penuh melampau. Ia tidak bagus untuk ‘kesihatan’ peti ais anda. Rumah sewa selalu jadi macam ni.
Ada banyak lagi tips penjagaan peti ais kalau ikutkan. Tapi 2 yang asas mudah ni antara yang paling mudah kita follow..
Semoga bermanfaat.
P/s : Setiap gambar ada caption penerangan.
—————————–
Perkongsian peti ais rumah sewa yang maha padat! Barang tak patut pun korang sumbat!! klik Youtube
Perkongsian cara aku servis peti ais brand HAIER tak sejuk bawah. klik Youtube 
Gambar: Syahman Abu Hasan

“Semua jenis peti ais suhu ni korang kena bubuh tahap tengah-tengah macam ni untuk ketahanan lebih lama.. jangan bubuh maksimum. Kompressor cepat kong!”

Gambar: Syahman Abu Hasan

“Ini pun sama, adjust kat tengah-tengah. Bubuh kat maksimum nangis korang nanti. Kos tukar kompressor bukan murah.”

Gambar: Syahman Abu Hasan

“Contoh lubang udara peti ais jenama Haier yang sebolehnya jangan korang tutup. Tutup je berkemungkinan boleh tak sejuk nanti. Kesan lain pulak datang. Huhu..”

2 PETUA ASAS PETI AIS TAHAN LAMAYeah!! Peti ais baru sampai! 🎊🎉Tiada yang menggembirakan penyewa kita apabila peti…

Posted by Syahman Abu Hasan on Friday, May 7, 2021

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.