Siakap Keli
Gambar: Bernama

“PKP 2.0 Tidak Gagal. Jika Kita Tidak Buat PKP 2.0, Kes Boleh Mencecah 10,000 Kes Sehari” – Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 tidak gagal.

Menurutnya, jika PKP 2.0 tidak dibuat, kes positif positif COVID-19 baharu boleh mencecah sehingga 10,000 kes sehari.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut menjangkakan bahawa kes positif baharu akan menurun pada bulan Mei, namun begitu, selepas kelonggaran diberikan kepada banyak sektor ekonoi dan sosial serta faktor kelesuan pandemik, kes telah dicatatkan kembali meningkat.

Menurut KKM, pada awal Mei, kes telah kembali mencecah sehingga 3,000 kes sehari.

Dalam perkembangan yang sama juga, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan bahawa kebanyakan kes jangkitan di negara kita sekarang ini adalah sporadik dalam komuniti iaitu tidak tahu dari mana punca jangkitan.

Turut dimaklumkan bahawa terdapat 14 kluster aktif yang melibatkan rentas negeri pada ketika ini. Ada diantara kluster ini dilaporkan telah dijangkiti dengan Variant South Africa B.1.351. Oleh kerana itulah, beliau menyatakan bahawa aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right