Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 4,519 Dengan 25 Lagi Kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 4,519 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media yang sedang bersiaran.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 4,519 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 436,944 kes secara keseluruhan.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 36,564 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 393 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 210 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 2,719 kes. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 398,723 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 25 kes kematian baharu yang dicatatkan pada hari ini.  Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 1,657 kes.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right