Siakap Keli
Gambar: kuvaldaru.ru

(Video) Boleh Tarik ’Salotape’ Atas Kertas Tanpa Kesan Koyak, Mudah Je Kalau Buat Macam Ni

Pita pelekat banyak digunakan sebagai kegunaan harian, industri mahupun kegunaan pejabat.

Ada pita pelekat yang mempunyai lekatan yang kuat, bergantung pada jenis dan ketebalan saiznya. Biasanya, jika pita pelekat dilekatkan di atas kertas yang nipis ketebalannya, kertas tersebut akan terkoyak.

Jadi, apa nak buat kalau kita tanpa sengaja telah melekatkan pelekat di atas kertas yang salah atau senget? Ternyata, ada cara untuk menarik kembali pita pelekat dari kertas tersebut.

Ikuti video yang dikongsikan di platform Tiktok ini yang telah mencecah 100+ ribu ‘like‘ dan 3 ribu ‘share’ oleh warga net.

@kuvaldaru.ru

Lifehack😁🤘 #lifehack #tips #tip #lifehacks #tools #fyp

♬ Astronaut In The Ocean – Masked Wolf

Tips ini mungkin berguna kepada yang memerlukannya seperti kerja membungkus ‘parcel‘ pelanggan dan sebagainya.

Jadi, sila kongsikan kepada kenalan, staf mahupun majikan anda. Moga bermanfaat.

Sumber: @kuvaldaru.ru via Tiktok

Nurul Nabila