Siakap Keli
Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

(Video)”Doakanlah Semua,” Detik Petugas Kesihatan KKM Lakukan ‘Prone Ventilation’ Untuk Tingkatkan Saluran Oksigen Pesakit

Sejak negara kita dilanda dengan wabak pandemik COVID-19, petugas barisan hadapan terutamanya yang merawat pesakit tidak henti-henti untuk mengerahkan tenaga mereka dalam memastikan pesakit COVID-19 ini pulih dan boleh menjalani hidup seperti sedia kala.

Demi keselamatan dan kesejahteraan semua, mereka ini sanggup untuk merisikokan kesihatan dan nyawa mereka bagi memastikan negara dapat melawan wabak pandemik yang telah meragut ribuan nyawa rakyat Malaysia.

Sudahlah sanggup merisikokan nyawa, mereka ini juga turut mengorbankan rasa penat mereka demi negara. Justeru daripada itu, kita sebagai rakyat biasa yang hanya cuma digesa untuk patuh SOP, patuhilah kerana kita tidak tahu apakah yang berlaku di dalam wad COVID-19 yang perlu dihadapi para petugas barisan hadapan ini.

Jika dapat dilihat suasananya, pasti kita akan tersedar dan berasa kasihan akan petugas barisan hadapan kita yang mengerahkan keringat mereka dalam merawat pesakit COVID-19 yang sedang kritikal.

Seperti yang dikongsikan oleh Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia ini, video ini adalah salah satu contoh situasi yang perlu dihadapi oleh petugas barisan hadapan kita.

Semoga semua petugas barisan hadapan kita terus kekal kuat dan bersemangat dalam melawan virus COVID-19 ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian KKM seperti berikut:

Petugas kesihatan KKM sedang melakukan prone ventilation sebagai satu strategi untuk meningkatkan saluran oksigen dan pernafasan pesakit yang ada severe hypoxemia.

Doakanlah semua petugas-petugas KKM terus diberikan kekuatan untuk terus berkhidmat di barisan hadapan bagi menyelamatkan nyawa pesakit.
Mereka bertugas dengan penuh kasih sayang #WeServeWithLove sebagaimana motto KKM “Kami Sedia Membantu”.
Doa seluruh rakyat Malaysia adalah diharapkan sebagai kekuatan dan semangat kepada mereka. Semoga pesakit yang sedang dirawat juga diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

#KitaMestiMenang melawan virus COVID-19 ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right