Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video)Tak Sedar Apa Jadi, Wartawan Ni Terus Laporkan Berita Ketika ‘Skill’ Penunggang Basikal Punah

Malang tidak berbau. Itulah pepatah yang sesuai untuk sesuatu kemalangan yang terjadi secara tiba-tiba, baik kemalangan kecil mahupun besar. Begitulah yang berlaku di laluan pejalan kaki di Bucharest, Romania baru-baru ini.

Kemalangan kecil itu berlaku ketika seorang wartawan TV berbangsa Romania sedang membuat rakaman langsung dan secara tiba-tiba, seorang penunggang basikal jatuh tidak jauh dari tempat rakaman berlangsung, lapor Daily Mail.

Jelas portal itu, si wartawan langsung tidak menyedari ‘drama’ yang berlaku di belakangnya dan terus melaporkan berita di laluan pejalan kaki itu.

Video yang dikongsikan telah menunjukkan seorang lelaki yang menggalas beg penghantaran besar, sedang menunggang basikalnya secara ‘zig zag’ di antara kerusi dan meja di luar restoran. Namun, penunggang itu telah hilang kawalan dan jatuh dari basikalnya.

Penunggang basikal yang terakam berada di sebelah kanan belakang wartawan TV itu sedang menunggang di jalan pejalan kaki di Bucharest.

Penunggang tersebut hilang kawalan dan hampir melanggar meja orang yang menikmati makan tengah hari di luar restoran.

Mengulas lebih lanjut, wartawan dari saluran berita Observator itu masih meneruskan siarannya walaupun kejadian itu berlaku di belakangnya. Ketika itu, dia sedang melaporkan mengenai peraturan yang perlu dipatuhi oleh warga Romawi semasa perayaan ‘Orthodox Easter‘.

Insiden basikal itu berlaku pada petang 30 April, sehari sebelum salah satu upacara tahunan yang terpenting di gereja Ortodoks.

Setelah kejadian jatuh itu, penunggang basikal itu menunggang semula basikal dan meneruskan perjalanannya. Sewaktu melintasi kru kamera yang membuat rakaman langsung itu, dia sempat mengangkat tangan dan membuat tanda ‘thumbs up‘ kepada kru tersebut.

The cyclist gave the TV crew a thumb's up after recovering his bicycle and continuing his journey

Berdasarkan kejadian tersebut, beberapa penonton mula memberi komen, ada yang mengkritik dan ada yang bersimpati.

Dilaporkan, kitikan itu adalah disebabkan oleh mereka beranggapan penunggang itu sudah menyedari krew TV yang berada di hadapannya. Jadi, ia seolah-olah membuka ‘peluang’ kepadanya untuk menunjukkan skil tunggangannya, namun tiba-tiba dia hilang kawalan.

Ada juga yang mengulas bahawa tidak seharusnya dia menunggang di laluan pejalan kaki itu dan dia berhak ditimpa kemalangan kecil itu.

Sesetengah pemberi komen pula ada yang mempersoalkan tentang orang sekeliling yang tidak bangun dan menghulurkan bantuan sama sekali kepadanya.

Sumber: Daily Mail

Nurul Nabila