Siakap Keli
Gambar: @thekitchn

Nak Raya Tapi Karpet Berbau, Buat Cara Mudah Ni Nak Wangikan Balik, Hanya Guna ‘Baking Soda’

Bila raya dah nak dekat ni, persiapan raya pasti dah banyak dibuat kan, terutamanya ‘shopping‘ baju, kasut, tudung dan biskut raya. Tetapi, selalunya persiapan yang dibuat 1-2 hari sebelum raya ialah memasang langsir, menyental karpet dan permaidani serta mengemas rumah.

Bercakap mengenai karpet ni, bukan senang nak sental karpet yang tebal dan besar. Mungkin sudah terlalu banyak kotoran, hama dan bakteria yang terkumpul di atas karpet yang sudah lama tidak dibasuh. Malah, baunya pasti tidak menyenangkan juga.

Jadi, di sini SK nak kongsikan bagaimana nak hilangkan bau pada karpet anda secara semula jadi hanya dengan menggunakan satu bahan sahaja iaitu serbuk penaik berdasarkan sumber dari @Thekitchn.

Kenapa menggunakan serbuk penaik pada karpet?

Menurut sumber, serbuk penaik @ baking soda merupakan penyerap bau yang terbukti keberkesanannya, ditambah dengan harganya yang murah dan semula jadi.

Dr. Steven A. Bolkan, Pengarah Penyelidikan & Pembangunan di Church & Dwight (syarikat induk Arm & Hammer) ada mengatakan, “Zarah serbuk penaik akan masuk jauh ke dalam karpet. Ia akan melewati titik yang tidak dapat kita lihat, hingga ke dasar untuk menyerap dan meneutralkan bau. Zarah-zarah itu kemudiannya dapat diangkat naik dengan vakum dan akhirnya tidak meninggalkan sebarang bau pada karpet!”

Jelas sumber lagi, antara kelebihan lain bagi serbuk penaik adalah merupakan pewangi kering, berbanding dengan beberapa semburan yang melakukan perkara yang sama. Jadi, anda tidak perlu bimbang sekiranya menemui tompokan air atau bakteria terhasil disebabkan masih lembap. Malah anda tidak perlu risau jika seseorang terpijak karpet itu disebabkan belum kering.

Cara-cara menghilangkan bau pada karpet.

Bahan2:

1 kotak serbuk penaik & vakum

Arahan:

  1. Pindahkan perabot – Alihkan semua perabot yang berada di atas karpet bagi mendapatkan keseluruhan permukaan karpet. Vakum karpet untuk menghilangkan sebarang kotoran, serpihan atau bulu haiwan peliharaan.
Foto: @thekitchn

2. Tambahkan serbuk penaik – Taburkan serbuk penaik ke seluruh karpet sama ada dari kotak serbuk atau gunakan penapis serbuk. Sekiranya anda ada karpet yang bulunya dalam, taburkan pada bahagian kecil pada satu-satu masa. Kemudian, gunakan jari anda untuk masukkan serbuk itu ke dalam bulu karpet sebelum beralih ke bahagian seterusnya.

Foto: @thekitchn

3. Biarkan sementara – Tunggu beberapa jam atau semalaman sehingga serbuk penaik itu menyerap bau.

Foto: @thekitchn

4. Vakum – Sedut serbuk penaik di atas karpet itu.

Foto: @thekitchn

5. Letak perabot – Letakkan semua perabot anda ke tempat asalnya dan selesai!

Foto: @thekitchn

Catatan:

  • Lakukan pembersihan ini ketika sebelum anda tidur atau ketika tiada orang menggunakan laluan di karpet tersebut, kerana projek ini memerlukan masa.
  • Sekiranya bau berterusan, ulangi prosesnya. Jelas Bolkan, “Serbuk penaik memang memiliki titik tepu (saturation point). Ia dapat menyerap kesemua bau walaupun sangat memerlukan banyak bauan untuk sampai ke titik itu. Untuk kawasan yang berbau busuk, lakukan rutin yang sama sebanyak dua kali untuk mengeluarkan lebih banyak bau.”

Sumber: @thekitchn

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.