Siakap Keli

China Arah Pasangan Mahu Bercerai Lalui Tempoh Bertenang 30 Hari, Mahu Kurangkan Kadar Penceraian

CHINA- Seorang lelaki di China diperintahkan oleh mahkamah tempatan bagi meluangkan masa bersama isterinya setelah mengetahui anak yang dilahirkan merupakan anak lelaki lain.

Seterusnya, keputusan mahkamah itu dibuat sejajar dengan peraturan terbaru di China. Pasangan yang membuat permohonan untuk bercerai akan diberikan tempoh bertenang selama 30 hari yang bermula pada awal tahun ini.

Tang (lelaki) membuat permohonan cerai di Hunan pada Januari lalu setelah membut ujian DNA kepada anak yang dilahirkan isterinya. Ujian DNA menunjukkan bahwa anak perempuan yang berusia tiga tahun itu bukanlah anak kandungnya, menurut laporan.

Oleh itu, ibu kanak-kanak itu digelar Fu, mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa suaminya yang meminta dia untuk “meminjam sperma” daripada lelaki lain selepas mereka gagal mendapatkan anak.

“Tempoh bertenang akan memberikan masa bagi kedua-dua belah pihak memperbaiki hubungan mereka untuk kebaikan, kestabilan sosial dan keharmonian keluar,” kata mahkamah.

Setelah 30 hari, pasangan diarahkan kembali ke jabatan hal ehwal sivil untuk menyelesaikan isu perceraian mereka.

China melancarkan masa bertenang bagi mengurangkan kadar perceraian yang meningkat. Negara ini telah mencatatkan 8.6 juta perceraian yang tinggi pada tahun 2020.

Sumber: New York Post

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.