Kesemua panggung wayang Golden Screen Cinemas (GSC) akan mula ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa pada hari ini, 10 Mei 2021.
Perkara ini disampaikan menerusi laman Facebook rasmi GSC dalam satu kenyataan yang dimuatnaik menyatakan bahawa pawagam merupakan tempat yang telah disenarikan sebagai ‘hotspot’. Jadi, untuk mengawal penularan Covid-19, mereka terpaksa menutup premis ini.
Pihak GSC juga memohon kemaafan kepada orang ramai dan sangat mengalu-alukan kedatangan orang ramai apabila ia beroperasi seperti biasa nanti.

Sumber: GSCinemas