Siakap Keli
Foto: Norma Zuraini

“Hanya Bergurukan Youtube Je,” Suami Pasang Sendiri ‘Wainscoting’, Tak Perlu Keluar Modal Sampai RM3K

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sedar tak sedar tinggal beberapa hari je lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Walaupun raya kali ini tidak semeriah dahulu, namun ia bukan penghalang untuk kita menyambutnya dalam keadaan yang ceria.

Pasti ramai yang tengah mencari idea untuk mendekorasikan rumah kediaman agar tampak berlainan dan kembali segar kan? Ye lah, bila dekat raya ni, ramai yang nak tukar deko jadi konsep hari raya.

Perkongsian menarik kali ini daripada Norma Zuraini menerusi laman Facebooknya tentang dekorasi raya dengan membuat diy wainscoting ala-ala mewah hanya merujuk daripada Youtube sahaja.

Nak share diy wainscoating. Masa tanya orang buat wainscoating, untuk grand mirror sahaja dia nak 3k lebih. Tak termasuk wainscoating dinding sebelah lagi. Rasa macam mahal sangat untuk rakyat marhean macam kami.

Hanya bergurukan Youtube sahaja…

So, decide untuk buat sendiri. Ambik masa lama memandangkn dua-dua kerja. Malam dan weekend je buat sikit-sikit. Agak mencabar nak siapkannya. Dengan ukuran yang tak tepat sebab dinding tak rata. Dan hanya bergurukan Youtube sahaja.

First time buat. Kami gunakan 2 jenis material, kayu dan pvc. Pvc yang keras, bukan yang lembut boleh gulung tu. Kos buatnya dapat dikurangkan separuh daripa upah orang.

Bahan-bahan diperlukan:

1. kayu wainscoating untuk frame cermin
2. cermin lots ikea
3. kayu mdf untuk petak-petak
4. wainscoating pvc
5. gam x bond
6. mitre box
7. masking tape
8. caulking gun

Beli kat Shopee, taip ‘wainscoating pvc’. Ambik yang keras dan bukan yang gulung. Hrga ikut panjang kita ambik.

Untuk lekatkan cermin tersebut, Norma Zuraini hanya menggunakan gam jenis ini.

 

Sumber: Norma Zuraini

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.