Siakap Keli
Kredit gambar: BERNAMA

MITI Beri Amaran Jangan Salah Guna Surat Kebenaran Bekerja MITI Untuk Kepentingan Peribadi, Polis Boleh ‘Check’ Ikut Kod QR

Perintah Kawalan Pergerakan fasa ketiga (PKP 3.0) baru sahaja bermula beberapa hari yang lalu. Seperti sebelum-sebelum ini, larangan merentas daerah dan negeri kembali dilaksanakan.

Bagaimanapun pihak berkuasa tetap memberi kebenaran kepada mana-mana individu yang mahu merentas daerah dan negeri atas sebab-sebab terpilih, salah satunya adalah kerana urusan kerja.

Semua pekerja dalam mana-mana sektor akan diberikan surat pelepasan di bawah kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI).

Sekalipun sudah mendapat ‘lesen besar’ daripada MITI, namun anda selaku pekerja diberi amaran agar tidak menyalahgunakan surat tersebut bagi tujuan selain urusan kerja. Jika tidak, anda bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

Amaran ini ditegaskan oleh MITI menerusi satu ciapan ringkas di laman Twitter hari ini. Dalam ciapan tersebut, MITI menjelaskan bahawa surat tersebut hanya boleh digunakan untuk pergerakan pekerja syarikat yang berdaftar dengan MITI.

Tegas MITI lagi, surat kebenaran itu juga tidak boleh disalahgunakan atas tujuan peribadi atau pergerakan bersama rakan dan keluarga.

Malah, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mempunyai kuasa untuk mengimbas kod QR yang tertera pada surat tersebut, di mana ia mempunyai maklumat pendaftaran syarikat termasuklah senarai nama pekerja yang terlibat.

Sumber: MITI

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'