Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Raya Lagi Tiga Hari, Ini Tips Deko Rumah “Last Minute” Yang Korang Boleh Ikut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pejam celik pejam celik, lagi tiga hari saja lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mesti ada yang sudah tidak sabar-sabar untuk menikmati ketupat rendang di pagi 1 Syawal nanti kan?

Hah, sebelum nak beraya, rumah tu dah siap kemas? Langsir dah tukar baru? Sofa dah alihkan? Dekorasi rumah ketika hari raya ni takkan masih sama macam hari biasa?

Hari raya dah dekat sangat. Kalau korang nak dekorasi rumah dalam kadar segera tapi tiada idea langsung, apa kata korang ‘follow’ tips deko rumah raya ‘last minute’ yang dikongsikan oleh perunding dekorasi dalaman rumah, Azizi Kamizi kat bawah ini.

Jom kita start.

TIPS DECO RAYA LAST MINUTE

Ramai pulak yang tanya saya tips nak deco dengan bajet raya hahaha. InsyaAllah jom saya kongsikan. Perkara pertama yang anda perlu ada adalah bajet. Kalau takda bajet macam mana nak deco kan? Haha.

Baiklah, katakan bajet anda adalah RM 5,000.00 untuk nak deco raya ni. Jadi pecahkan bajet anda kepada 3 bahagian utama:

  1. Kekemasan Dinding : 20%
  2. PERABOT : 50%
  3. Dekorasi : 30%

1. KEKEMASAN DINDING

Hah kekemasan dinding adalah seperti painting, wallpaper dan mural. Untuk painting anda boleh pilih sama ada mahu gunakan cat biasa atau special effect seperti momento & wall texture design.

TAPI untuk dekorasi dalam masa singkat pemilihan cat adalah yang terakhir sekali. Anda perlu melihat sekeliling rumah anda dan pilih perabot mana yang mahu kekalkan.

Kena ingat ya, jika anda tukar perabot kos dekorasi rumah akan bertambah dengan sangat banyak ! Jadi cuba kekalkan perabot yang sedia atau gantikan dengan yang sepatutnya.

Untuk pemilihan cat saya cadangkan pilih warna dinding yang lembut atau neutral kerana sesuai dipadankan dengan semua perhiasan dekorasi dan perabot.

2. PERABOT

Perabot adalah penyumbang terbesar dalam memberikan impak perubahan dekorasi rumah anda. Cuba lihat sekeliling rumah anda dan terus buat pilihan perabut mana yang perlu dikekalkan dan perabut mana yang anda perlu tukar.

Menjadi kewajipan bagi setiap interior designer untuk menyediakan Furniture Layout Plan (FLP) sebelum sesuatu design dihasilkan. Dengan FLP anda akan dapat gambaran tepat perabut apa yang sesuai, saiz dan susun atur yang paling optimum sesuai dengan saiz ruang dekorasi anda.

Kalau anda rasa serabut dan pening kepala dengan susun atur rumah anda boleh sahaja dapatkan bantuan consultation daripada tim Fabello Design okay?

Dalam pemilihan perabot anda perlu berani mencuba dan berimaginasi bagaimana hasilnya rumah anda nanti. Anda lebih tahu konsep dan nilai apa yang anda ingin bawakan.

Antara tempat yang anda anda boleh cari barangan perabot ialah:

  • IKEA
  • SSF
  • RUMA Furniture

Atau anda boleh Google serta membuat carian di Facebook dan Instagram. Banyak pilihan sekarang dengan harga yang sangat murah.

3. DEKORASI

Menghias rumah adalah tentang mencipta suasana yang cantik dan selesa. Gabungan dekorasi seperti langsir, permaidani, karya seni dan stail pastinya akan memberikan perubahan yang sangat besar pada kediaman anda.

– Langsir

Pemilihan warna langsir sangat penting untuk memastikan rumah anda mendapat pencahayaan yang cukup. Jadi gunakan warna yang sesuai dengan ruang dekorasi anda okay. Saya juga cadangkan untuk gunakan full height curtain supaya ruang anda nampak lebih luas dan lapang.

– Permaidani

Pemilihan permaidani juga penting. Jangan pilih terlalu besar, cukup untuk menampakkan perbezaan dengan lantai sedia ada.

– Indoor Plant

Dalam setiap konsep apa pun indoor plant adalah seperti kewajipan kerana warna hijau adalah warna alam yang sangat dekat dengan pandangan manusia.

Terdapat banyak pilihan Indoor Plant yang sesuai seperti Peace Lilies, Snack Plant, Ficus Elastica dan macam – macam lagi. Kalau anda rasa sukar untuk menjaga indoor plant boleh gantikan dengan pokok hiasan palsu.

– Frame

Nampak simple tapi mampu memberikan impak yang besar. Anda boleh susun gambar-gambar kegemaran di setiap ruang yang sesuai. Frame harus digantung selari dengan pandangan mata anda (eye level).

– Pendant Light

Dan terakhir adalah decoration pendant light. Anda tidak perlu tukar semua lampu. Hanya gantikan dengan decoration pendant light sahaja dan anda boleh melihat perubahan yang sangat besar pada ruang dekorasi anda.

Hah berbaki 3 hari lagi nak raya ni sempatlah shopping sekejap. Selamat mencuba.

Azizi Kamizi
interior stylish

Sumber: Azizi Kamizi melalui Fabello Design

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'